Monday, January 7, 2013

SUNYI........









 Puteri-puteri kesayangan ummi abah







Calon SPM 2013....



 Calon PMR 2013




Balik sekolah hari ni, sangat terasa sunyinya rumah ini. Along n angah kat hostel. Adik ada kelas KAFA Inchik abah kerja. Tinggal ummi sorang2. Rindu sangat gelak tawa anak2. Rindu sangat gurau senda anak2. Rindu nak tengok depa bergaduh kemudian baik semula. Rindu nak tengok along n angah kemas rumah ikut kawasan masing2. Rindu nak tengok along n angah buli adik kemudian pujuk2 balik. Rindu nak dengar depa melalak 3 orang seolah2 tak dak jiran tepi rumah. Rindu nak tengok depa dok tercogok depan komputer mengadap blog yang depa suka kemudian gelak2. Rindu nak tengok along usung toto masuk bilik angah sebab takut nak tidoq dalam bilik sendiri. RINDUUUUUU sangat. Betullah kata angah .... ala angah tau ummi pun rindu kat kami bila kami tak dak nanti. ummi tak mau mengaku sebab ummi tak mau anak2 ummi bersedih. Dalam hati ummi menangis meninggalkan anak2 di asrama. Tapi demi masa depan, ummi redho segala2nya. Tahun ni pulak along SPM angan PMR. Abah selalu cakap kat anak2 tahun ni tahun cabaran buat along n angah. buat yang terbaik. Ummi pun yakin anak2 ummi sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang solehah dan anak yang cemerlang. Ummi berbangga menjadi ibu kepada puteri2 yang sangat mendengar kata. Semoga Allah sentiasa memelihara hati puteri-puteri ummi..................Doa ummi anak2 ummi cemerlang untuk dunia dan akhirat.

Kehilangan Lagi .................

Hari ni baru ummi ada mood untuk kembali berblog. Sebelum2 ni sangat sibuk. Sibuk dengan sekolah dan keluarga. Mood ni tiba2 saja datang selepas kenangan itu sangat menyesakkan jiwa ummi. Tak tau nak curah perasaan kat sapa. Setiap kali mengingatinya.... air mata ummi keluar tanpa paksa. Dan ketika ini.... air mata ini mengalir lagi.

Ummi sendiri tak tau kenapa ummi sangat-sangat sayangkan anak2 saudara ummi. Bila ummi dengar cerita kawan2, hubungan depa dgn anak saudara yg tak berapa mesra ummi rasa pelik sebab bagi ummi anak2 saudara ummi umpama anak ummi sendiri. salah seorang yang sangat rapat dengan ummi......NURAZLAN BIN MD. BAKI. Anak kakak yg kedua. Mungkin sebab kecik dia duduk kat kg, kemudian ummi pulak duduk dengan keluarga kakak semasa depa masih kecil, jadi hubungan dengan dia sangat mesra. Panggilan manja dia adik..... so sweet walaupun badan dia so big. Selalu bila dia ada masalah dia akan text ummi ataupun terus balik kg bagitau ummi. Selepas dapat curah perasaan walaupun sat, dia akan balik. 20 November ummi jumpa dia. hari tu dia peluk dan cium pipi ummi. Ok ummi bagi kata2 semangat kat dia. Selepas ummi balik pun dia masih dok telefon ummi. Apa2 aktiviti dia hari tu semua dia bagitau ummi. Dia kata nak balik tidur kampung malam tu. Ummi peik jugak tapi kata kat dia..... kalau lewat tak payah balik la. Dalam pada tu ummi tunggu jugak. Masak nasik sebab habit dia kalau sampai saja mesti cakap............. Adik lapaq ni!
Esoknya baru dia balik tengok faris bersunat. Ummi hidang nasi. Marah2 dia sebab ummi buat sambal petai. Laaa mana m.ngah tau kata adik tak makan petai dah. Bukan sebab tak makan masalahnya adik dah makan tapi sebab ada petai adik kena makan lagi. Lepas makan terus duduk kat pondok kat luar. Sampai petang. Tak masuk dalam rumah. Selalunya dia tidoq dalam rumah. Panas kot.
30 hb ummi on the way nak bawa anak2 bercuti ke Cameron highlands. Kat tol Juru ummi dapat call dari Amin. mak ngah ..... abang tak dak. ALLAH!!!!!!! mimpi ka apa ni. Air mata saja yang mampu keluar. Ummi cuma minta amin tengok2kan mama. Sat lagi m.ngah sampai. Perancangan Allah tiada sapa yang tau. Sekejap saja ummi dah sampai ke Cherok Tokun. mayat arwah terbaring didalam bilik tidur. ummi buka pnutup muka adik. Cara adik pergi macam arwah wan kesayangan adik. Mulut adik berbuih. Ummi yakin adik kena serangan jantung sebab wan dulupun macam ni. Ummi ikut ke bilik jenazah untuk buat post-mortem. sah adik meninggal akibat serangan jantung. Air mata ini sudah seharian mengalir tanpa jemu. Sehingga hari ini setiap kali menyebut nama adik dalam doa ummi, pasti air mata ini keluar lagi. Ummi rindukan adik. Sebak yang terbuku di dada ini hanya Allah yang tahu. Adik....... doa mak ngah adik akan damai di sana..... ALFATIHAH.......

Tuesday, April 10, 2012

14 april 2012

Salam alaikum..... cuti hari ni. Ingat tadi lps solat subuh ummi nak tidoq balik. Rupanya tak boleh. Tak blh pjm mata pun. Dah biasa dok bngun awai agaknya..... Ummi biaq adik tidoq lagi sbb bila dia bangun nanti ummi nak DERA adik.... Siap kau!!!!!
Sidai kain. kemas rumah. Teman abah bagi makan ayam..... He he abah dah ada hobi baru. Bela ayam. Dah banyak ayam abah. Lau ayam pun cantik. Macam kedai runcit kawan2 ummi cakap. Syok tengok ayam2 kacuk abah terkedek2 cari makan. Macam badan adik! Ha! adik pun dah bangun..... exercise dulu. skipping sambil marah2 sbb masih tak pandai.
Masuk rumah. Mandi adik. Bagi breakfast. Sesi PENDERAAN pun bermula. Adik ambik bahagian dlm hafazan tahap satu Sekolah Pendidikan Islam KAFA. Dah 2 kali johan. Minggu depan adik nak pi peringkat Kedah Tengah. tu yg ummi trpaksa pulun lebih sikit sbb ustazah adik dok jaga suami dia sakit kat hospital. Doa ummi suami ustazah adik cepat sembuh. Masa dok train adik along called. Adik pun HILANGGGGGGG. Cerdik adik.....
Ummi buat nasi goreng saja tngahri ni. Haaa dah balik pun adik. Pi main dengan Muhammad Athif katanya. OK sambung balik hafazan. Sekali baca... OK adik dah ingat. Ummi nak betulkan tajwid adik. Angah pulak called. HILANGGGGG lagi adik.memang pintar anak ummi ni. Ummi sambung tgk majlis pertabalan Yang Dipertuan Agong ke 14. Daulat Tuanku!

Friday, January 6, 2012

hari-hari ini

sekejap saja dah 7 hari thn baru. Rasa macam tak dak pembaharuan dalam kehidupan. Mcm mana nak buat bagi bersemangat mcm org lain. Hari pertama pi sekolah dah kecewa sangat2. barang2 n fail2 ummi berlonggok di luar bilik ummi. Tanda nama ummi kat pintu bilik pun ditanggalkan. Uit dah ada orang ambik bilik ummi. Kot ya pun berbincangla dulu, tak pun talipon la bagitau. Ni macam nak perambat saja. Sedih sangat! ummi bukannya jenis bongkak dengan jawatan. walaupun ummi ni dg41 tapi rasanya ummi tak prnah merendahkan org lain. Brbincang la dgn ummi. Bagitau sbb musabab nak bilik tu. Pertimbangan waras masih ada dalam kepala ummi. Tapi bila buat macam ni ummi rasa sedih, kecewa, marah dan macam2 rasa yang negatif. Azam baru ummi tergolek2 atas tar. Habih punah. rasa tak brsemangat. Rasa nak tukar sekolah... dan macam2 rasa lagi. Dan hari ni ummi sdg blajar menyingkirkan rasa2 yg dibisikkan syaitan dalam diri ummi. Sholehah...... berbaik sangkala kamu.

Insyaallah ummi yakin ummi boleh! esok nak pi sek dgn bersemangat SIKIT!!!

Tahun ni ummi mengajar 16 waktu. ummi gbira dgn jadual thn ni w.pun sepatutnya ummi mengajar 8 waktu ke bawah saja. ummi lebih suka mengajar dari buat bnda yg ummi tak tau buat. rasa macam tak pikul amanah. bila depa nak lantik org lain jadi PENYELARAS BESTARI!!!! ummi tak suka jawatan tu. Satu lagi jawatan tak suka.... PEGAWAI ASET.... Haish... rasa mcm mengarut kalau pegang jawatan yg ummi tak tau nak buat apa. Yg best sgt thn ni ummi mula mengajar agama islam ikut JQAF. Syok sgt. Ummi kagum dgn program JQAF ni sbb ramai bdk2 ummi yg dh pndai baca Al-Quran. Tahniah Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kerana mengilhamkan program ni.

SEKILAS TENTANG j-QAF

KONSEP  PROGRAM  j-QAF
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
  • Menguasai bacaan dan tulisan jawi
  • Khatam al-Quran
  • Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
  • Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain 
KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
1.     Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.
2.     Kepentingan Khatam al-Qur’an 
al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.
3.     Kepentingan Bahasa Arab
Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.
4.     Kepentingan Fardhu Ain
Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.
MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF
Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:
1. model Kelas Pemulihan Jawi;
2. model Tasmik;
3. model 6 bulan Khatam al-Quran;
4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;
5. model Bestari Solat.
Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:
1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Majlis Khatam al-Quran;
4. Kem Literasi al-Quran; dan
5. Pertandingan Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF
1. Model Kelas Pemulihan Jawi
Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
2. Model Khatam Al-Quran
Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan  peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran. 
Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.
3. Model Bahasa Arab
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.
 

Tuesday, January 3, 2012

my girls are always the princess

03/01/2012

Balik sekolah hari ni, ummi siapkan adik ke sekolah KAFA. Balik dari hantar adik masuk dlm rumah.......eh eh, kenapa rasa sayu sangat. Sunyi sangat rumah ni. Ummi capai note book. Mula2 buka blog along, lepas tu blog angah. Air mata ummi turun macam hujan. rindu sangat!!!!
tak dak lagi orang yang nak kemas rumah cantik2 kat ummi (ANGAH) tak dak lagi orang nak masak sedap2 kat ummi (ALONG). ummi kena ajar adikla pulak utk tolong ummi. Memang ummi sangat berbangga dengan along dengan angah. Bukan nak memuji diri tapi bila ummi bandingkan dengan orang lain UMMI DAN ABAH SANGAT BERTUAH DIKURNIAKAN ANAK2 MACAM ALONG & ANGAH. Doa ummi adik akan ikut perangai along dan angah DAN along & angah tidak akan pernah berubah sikap.
Air mata ummi tumpah lagi

Pagi kelmarin depa minta nak makan nasi lemak.... ummi buat... HABIH!!!
Tengahari pulak requested nak makan spaghetti.... ummi buat jugak.... dan HABIH!!!
Along kata ummi.... The girl are always the princess. dalam hati ummi, ummi jawab: Ya anak2 ummi bukan setakat princess malah the queen!
Hari ni mulala makan nasi kawah anak2 dara ummi tu.Jgn bimbang adik pun dah mula makan nasi bungkus balik.balik dari asrama nanti msti ank2 dara ummi slim!
kalau ikut kata hati ummi memang tak mau berpisah dengan anak2 ummi walau sesaat tapi demi masa depan anak2 ummi, ummi terpaksa relakan. kalau duduk dengan ummi kat rumah, ummi tak dapat nak beri pengalaman dan ilmu yang anak2 ummi dapat semasa tinggal di asrama. Ummi pernah duduk di asrama dari tingkatan 1 hingga masuk maktab perguruan sebab tu ummi percaya kepada kebaikan tinggal di asrama. Yang penting perhatian ibu bapa berada bersama anak2. Insyaallah anak2 akan menjadi lebih berdikari dan berjaya. percayalah! Kepada along dan angah..ingatlah... ummi serahkan kepada ALLAH untuk memelihara anak2 ummi.
Ummi sayang anak ummi sangat2.

Monday, December 26, 2011

HAPPY 16th ANNIVERSARY

Pejam celik pejam celik dah 16 thn ummi hidup dgn hubby. Walaupun kami tak bercinta mcm org lain tapi alhamdulillah, ALLAH kurniakan suami yg sgt baik pada ummi. Bergaduh, usik mengusik perkara biasa dalam alam rumahtangga. Bohonglah kalau ada pasangan yg kata depa tak prnh brgaduh sepjg melayari rumahtangga depa. Hubby walaupun mengaji tak tinggi mcm husband org lain tapi cara dia layan ummi dan anak2 mcm org yg high educated. Kalau tak krn support dari hubby ummi tak smbung blajar sampai dpt ijazah. Sesusah mana pun, dia akan usahakan jugak cari duit utk byr yuran pengajian ummi. dan dia sgt pntingkan agama, akhlak, dan pendidikan anak2 dara dia. Time ank2 bgtau result peksa, abah depalah yg paling risau klu ada subjek yg lemah. Klu tak krn ummi tenangkan abah, rasa2 nya anak2 ummi djh 1 dh kena htr tusyen. Ingat lagi masa along called menangih bgtau english pmr susah, abah along jaga tengah mlm tanya ummi.... nk buat mcm mana ummi dgn along ni... pasai apa dia tak boleh buat.... susah sgt ka... along main kot masa cikgu mengajaq hari tu... Ya ALLAH banyaknya soalan, tengah2 mlm plak tu.... ummi kata redha sajalah. walaupun dia diam tapi ummi tau abah tak tidoq sepjg mlm tu....
Alhamdulillah.......... sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke 16 ini kami dapat hadiah yg sgt istimewa. Along hadiahkan result PMR yg cemerlang yg buatkan abahnya senyum sampai ke telinga. Abah along sgt gembira hari tu. Klu boleh semua org dia nak call nk bagaitau result anak dara sulung dia. Terima kasih Along. Alonglah kebanggaan kami, idola adik2. Harapan ummi dan abah along akan terus gandakan usaha dan hadiahkan kami keputusan cemerlang dalam SPM nanti. Ummi harap sangat! Sempena anniversary thn ni hubby bawa family bercuti ke Pulau Langkawai.Anak2 share duit kot bg hadiah perfume kat ummi ngan abah. Thanks. semoga hidup kita sntiasa mewangi harum mcm perfume Percutian 3hari 3malam sgt menggembirakan anak2. Ummi bersyukur kepada ALLAh kerana mngurniakan kami family bahagia, anak2 yg sgt mendengar kata (harap2 anak2 ummi tidak akan berubah sampai bila2), puteri2 solehah dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran.
UMMI SANGAT SAYANG FAMILY UMMI

Monday, November 28, 2011

CuTI-CuTI PuN PI SeKOLaH???

3 Muharram 1433.
Tinggal puteri bongsu saja dgn ummi. Puteri sulong n Puteri tengah dh trbang ke Bangi. BerCUTI!!!! Bercuti dari masak, brcuti dari sidai kain, brcuti dari kemaih rumah.... WAH bercuti sakan noooo. Lepas sidai kain tadi ummi bgtau hubby... Abang...angah nk pi sek satg (mnta izinla konon). Uit! Cuti2 pn spi tiap2 hari pi sek. Laaa che abg ni mcm baru kenai ummi klmarin dulu. Dh 16 thn nikah pn xfhm2 lg ka tugas cikgu. Yg cuti tu murid. Yg brnama cikgu selagi kerja xsiap kna pi la jugak wpun CUTI! Ummi dh bg dateline kat waris yg nk hntr buku akaun Bank Rakyat hari ni. so kna pi tgk la brapa org yg dh hntr. Mai2 tgk... La tak cukup lagi 10 org. Klu xckp wpun sorang ummi x blh nk mskkan bantuan KWAPM depa. Rasa2 bukak sek nnti baru dpt siap keja ni. Sapa kata jadi cikgu senang. Beban che oi.........tapi
Ummi tetap sayang kamu semua