Monday, January 7, 2013

Kehilangan Lagi .................

Hari ni baru ummi ada mood untuk kembali berblog. Sebelum2 ni sangat sibuk. Sibuk dengan sekolah dan keluarga. Mood ni tiba2 saja datang selepas kenangan itu sangat menyesakkan jiwa ummi. Tak tau nak curah perasaan kat sapa. Setiap kali mengingatinya.... air mata ummi keluar tanpa paksa. Dan ketika ini.... air mata ini mengalir lagi.

Ummi sendiri tak tau kenapa ummi sangat-sangat sayangkan anak2 saudara ummi. Bila ummi dengar cerita kawan2, hubungan depa dgn anak saudara yg tak berapa mesra ummi rasa pelik sebab bagi ummi anak2 saudara ummi umpama anak ummi sendiri. salah seorang yang sangat rapat dengan ummi......NURAZLAN BIN MD. BAKI. Anak kakak yg kedua. Mungkin sebab kecik dia duduk kat kg, kemudian ummi pulak duduk dengan keluarga kakak semasa depa masih kecil, jadi hubungan dengan dia sangat mesra. Panggilan manja dia adik..... so sweet walaupun badan dia so big. Selalu bila dia ada masalah dia akan text ummi ataupun terus balik kg bagitau ummi. Selepas dapat curah perasaan walaupun sat, dia akan balik. 20 November ummi jumpa dia. hari tu dia peluk dan cium pipi ummi. Ok ummi bagi kata2 semangat kat dia. Selepas ummi balik pun dia masih dok telefon ummi. Apa2 aktiviti dia hari tu semua dia bagitau ummi. Dia kata nak balik tidur kampung malam tu. Ummi peik jugak tapi kata kat dia..... kalau lewat tak payah balik la. Dalam pada tu ummi tunggu jugak. Masak nasik sebab habit dia kalau sampai saja mesti cakap............. Adik lapaq ni!
Esoknya baru dia balik tengok faris bersunat. Ummi hidang nasi. Marah2 dia sebab ummi buat sambal petai. Laaa mana m.ngah tau kata adik tak makan petai dah. Bukan sebab tak makan masalahnya adik dah makan tapi sebab ada petai adik kena makan lagi. Lepas makan terus duduk kat pondok kat luar. Sampai petang. Tak masuk dalam rumah. Selalunya dia tidoq dalam rumah. Panas kot.
30 hb ummi on the way nak bawa anak2 bercuti ke Cameron highlands. Kat tol Juru ummi dapat call dari Amin. mak ngah ..... abang tak dak. ALLAH!!!!!!! mimpi ka apa ni. Air mata saja yang mampu keluar. Ummi cuma minta amin tengok2kan mama. Sat lagi m.ngah sampai. Perancangan Allah tiada sapa yang tau. Sekejap saja ummi dah sampai ke Cherok Tokun. mayat arwah terbaring didalam bilik tidur. ummi buka pnutup muka adik. Cara adik pergi macam arwah wan kesayangan adik. Mulut adik berbuih. Ummi yakin adik kena serangan jantung sebab wan dulupun macam ni. Ummi ikut ke bilik jenazah untuk buat post-mortem. sah adik meninggal akibat serangan jantung. Air mata ini sudah seharian mengalir tanpa jemu. Sehingga hari ini setiap kali menyebut nama adik dalam doa ummi, pasti air mata ini keluar lagi. Ummi rindukan adik. Sebak yang terbuku di dada ini hanya Allah yang tahu. Adik....... doa mak ngah adik akan damai di sana..... ALFATIHAH.......

No comments:

Post a Comment